KUANTAN: Seorang pekerja kilang besi warga Myanmar cedera hampir keseluruhan badan akibat tertoreh pisau yang digunakan rakan senegara dalam satu pergaduhan di rumah sewa mereka di Seberang Balok dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berusia 30-an luka di bahagian bahu, telinga, dada, tangan dan beberapa bahagian badan yang lain sehingga terpaksa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) menerima rawatan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Risikan dan Operasi) Superintendan Nordin Mustapha berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama beberapa rakan serumah berada di tingkat atas rumah sewa dua tingkat yang disewakan majikan mereka.
Menurutnya, suspek yang juga tinggal di rumah itu naik ke tingkat atas dalam keadaan mabuk sebelum mengganggu penghuni yang ada di situ.
“Lelaki itu bertindak agak kasar apabila memukul mangsa menggunakan tangan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Nordin berkata, mangsa tidak melawan dan tidak lama kemudian suspek beredar meninggalkan mereka sebelum kembali ke tingkat bawah.
“Sejurus selepas itu mangsa turun ke tingkat bawah untuk keluar membeli makanan dan secara tiba-tiba suspek yang datang dari arah belakang bertindak memukulnya.
“Kejadian itu mula membawa kepada pergaduhan menyebabkan suspek naik angin dan bertindak mengambil sebilah pisau untuk menyerang mangsa,” katanya.
Menurutnya, dalam pergelutan itu, mangsa terkena pisau yang digunakan suspek hingga cedera.
“Pergelutan itu bagaimanapun berjaya dileraikan rakan serumah yang lain setelah mereka menyedari mangsa berdarah akibat luka di beberapa bahagian badan,” katanya.
Nordin berkata, salah seorang daripada penghuni rumah sewa itu menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan membuat laporan polis kira-kira jam 1 pagi hari berikutnya.
“Mangsa yang cedera dihantar ke HTAA untuk menerima rawatan bagaimanapun keadaan kecederaan dialami tidak serius tetapi beberapa bahagian badan yang luka terpaksa menerima jahitan,” katanya.
Menurutnya, suspek yang berjaya tahan di bawa ke IPD Kuantan untuk siasatan lanjut dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan