KUALA LUMPUR: Mayat bayi lelaki, yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui di perkarangan tempat letak kereta berhampiran tong sampah di pangsapuri Sentul Utama, di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bayi cukup sifat itu ditemui oleh orang awam pukul 12.30 tengah malam.
"Di sebelah bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi tali pusat dan uri, jadi kita tidak tolak kemungkinan bayi tersebut baru dilahirkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan