TAMPIN: Akibat tidak lagi mampu menahan derita serta rasa takut dirogol abang iparnya sendiri, seorang wanita nekad membuat laporan di Balai Polis Gemencheh, 2 Jun lalu.
Wanita malang berusia 25 tahun bertindak demikian selepas menjadi mangsa nafsu buas abang iparnya sendiri sejak 2006 sehingga melahirkan anak perempuan luar nikah yang kini sudah berusia dua tahun.
Menurut sumber, kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa ketika itu sedang bekerja di sebuah pam minyak di pekan Gemencheh menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari abang iparnya menyuruhnya pulang ke rumah.
“Dia bagaimanapun enggan pulang sebelum abang iparnya datang menjemputnya pulang kira-kira 10.10 malam dan menariknya naik ke motosikal.
“Dia kemudian dibawa ke sebuah kebun getah dekat Taman Bunga Raya sebelum dipukul di bahagian kepala dan dirogol,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Sumber berkata, mangsa kemudiannya tidak mahu mengikut suspek pulang ke rumah dan menerima satu lagi SMS dari suspek sekitar 11 malam menyuruhnya pulang ke rumah segera.
“Sekiranya mangsa enggan, suspek akan menghubungi rakan untuk mencarinya dan merogolnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam berkata, pihaknya sudah menerima laporan kejadian berkenaan.
Menurutnya, suspek seorang anggota tentera dari Kem Gemas berusia 38 tahun sudah ditahan polis 3 Jun lalu dan kini direman sehingga 10 Jun.
“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 30 tahun serta dikenakan sebatan./Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan