KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas tuduhan mencederakan bapa kandungnya.
Chong Kar Keat, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan kesalahan itu terhadap Chong Chee Fei, 58, dengan cara menumbuk kepada mangsa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 25 Mei lalu di Jalan Selat, Off Jalan Pudu, Dang Wangi, di sini.
Pada prosiding itu, Kar Keat yang tidak diwakili peguam memberitahu, tiada ahli keluarganya yang hadir di mahkamah menyebabkan dia tidak tahu siapa yang akan bertindak sebagai penjaminnya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norasyikin Ahmad menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap tertuduh.
Majistret Zaki Ashraf Zubir kemudiannya menetapkan 5 Julai depan sebagai sebutan semula kes./mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan