GEORGETOWN: Mahkamah Sesyen Georgetown menangguhkan sebutan kes kontraktor pemotong rumput, A Vealu, 42, yang tidak hadir di mahkamah kerana mendapat cuti sakit dari Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam.
Hakim Roslan Hamid menetapkan 21 dan 22 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula berikutan beberapa masalah yang dihadapi peguam tertuduh, pendakwaan serta mahkamah sendiri mengenai tarikh yang sesuai.
Isterinya, seorang suri rumah, S Poongavanam, 37, yang dipenjara lapan tahun dan denda RM20,000 bulan lalu, berpakaian lokap hadir di mahkamah diiringi dua polis wanita sebagai saksi kepada suaminya.
5 Mei lalu, Poongavanam didapati bersalah mendera Win Faidaa, 26, dengan menggunakan seterika 4September 2010 iaitu pada jam 1 petang di rumah di Jalan Penawar 1, Sri Wang 1, Jelutong.
Mengikut kertas pertuduhan, dia dan suaminya yang diwakili peguam, S Yagoo didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada Win Faidaa menggunakan satu alat yang jika digunakan sebagai satu senjata, boleh mendatangkan kecederaan parah atau kematian.
Kedua-duanya bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang boleh membawa hukuman penjara antara tiga hingga 20 tahun dan denda.
Roslan membenarkan Vealu diikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin manakala isterinya pula dijamin RM30,000 juga dengan dua penjamin.
Dalam perkembangan sama, S Yagoo memberitahu mahkamah bahawa pihaknya menfailkan notis usul untuk membatalkan tuduhan ke atas Vealu berikutan pengakuan bersalah Poogavanam serta suaminya tidak bertanggungjawab dalam urusan pengambilan pembantu rumah.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Firdaus Abu Hanipah./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan