Rabu, 8 Jun 2011

Mayat terapung

PUCHONG: Orang awam yang melalui kawasan tepi Sungai Klang terkejut sejurus menjumpai mayat seorang lelaki terapung di dalam sungai berkenaan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Kinrara, dekat sini, semalam.

Mayat yang berpakaian lengkap itu dijumpai kira-kira jam 6 petang sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa dikenali sebagai Rodzie Harun, 45 berasal dari Temerloh, Pahang, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya di campak ke dalam sungai.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa dibunuh menggunakan objek tajam berdasarkan kesan tetakan ditemui pada badan mangsa.

“Pihak forensik menemui kesan tetakan di kepala serta di beberapa bahagian lain badan dipercayai sudah dibunuh kira-kira tiga hari sebelum itu,” katanya.

Polis akan mendapatkan keterangan ahli keluarga mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan