KUALA TERENGGANU: Gara-gara terlalu mengikut nafsu syaitan, seorang nelayan terpaksa meringkuk di penjara selama 17 tahun dan dikenakan 12 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam melakukan persetubuhan di luar tabii dan merogol seorang remaja antara Januari dan Februari 2008 lalu.
Tertuduh, Baharudin Muhammad, 39, dari Kampung Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu mengaku bersalah melakukan kesalahan itu terhadap mangsa, 15, di sebuah rumah di Jalan Bukit Losong, Losong Panglima Perang antara 7 Januari, 7 Februari dan 9 Februari 2008 lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Ooi Chooi Gaik di hada-pan Hakim, Zainal Abidin Kamaruddin.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh pada 7 Januari 2008 kira-kira jam 10 malam di bawah rumah di Jalan Bukit Losong, Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa.
Dengan itu, dia didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang mana boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama iaitu jika disabitkan kesalahan boleh diseksa dengan penjara selama tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Manakala, bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh telah merogol mangsa di sebuah bilik di rumah beralamat sama iaitu pada 7 Februari 2008 kira-kira jam 12 tengah malam hingga 10 pagi dan 9 Februari 2008 kira-kira jam 2.30 pagi hingga 5 pagi.
Kedua-dua pertudu-han tersebut didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang mana boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama yang jika disabitkan kesalahan hendaklah diseksa dengan penjara selama tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Sehubungan itu, bagi pertuduhan pertama, Hakim, Zainal Abidin menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara dan dua sebatan manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan.
Zainal Abidin turut mengarahkan hukuman bagi pertuduhan pertama dijalankan berasingan manakala hukuman pertuduhan kedua dan ketiga dijalankan serentak.
Ketiga-tiga hukuman itu dijalankan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara yang dikenakan sebelum ini me-ngikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dijangka tamat pada 2014./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan