Sabtu, 14 Mei 2011

Pramugara didakwa rogol kawan

 PANGSAPURI Golf View di Bukit Jambul, George Town tempat seorang pramugara didakwa merogol rakan sekerjanya GEORGE TOWN: Seorang pramugara syarikat penerbangan swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol seorang gadis yang juga rakan sekerjanya di sebuah pangsapuri di sini minggu lalu.

Tertuduh, G. Dinesh Kumar, 31, yang memakai baju kemeja lengan panjang dan berseluar gelap bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Dia didakwa merogol mangsa berusia 23 tahun di sebuah rumah bernombor 31-02-04 Pangsapuri Golf View, Solok Bukit Jambul 1, Bukit Jambul pada pukul 9 pagi 8 Mei lalu./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan