Isnin, 16 Mei 2011

Pasangan bercumbu cuba lari

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bertindak agresif dengan cuba melarikan diri ketika sedang disoal siasat selepas ditangkap berkhalwat di sebuah taman di Apartmen Idaman, Damansara Damai awal pagi kelmarin. 

Bagaimanapun usahanya itu sia-sia apabila dia berjaya ditangkap semula oleh anggota biro keselamatan yang bertindak mengejarnya sejauh lebih 50 meter. 

Tindakan agresif remaja itu tidak berakhir meskipun sudah ditahan apabila dia masih mahu bergelut untuk melepaskan diri sebelum dia dan pasangan perempuan dibawa ke dewan. 

Ketua Biro Keselamatan apartmen itu, Azmi Ardi berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan anggota biro ketika sedang bercumbuan di taman terbabit. 

Menurutnya, remaja perempuan itu tinggal di apartmen manakala pasangan lelakinya tinggal di Desa Jaya. 

Remaja lelaki itu mengaku baru sahaja pulang daripada bekerja dan mahu menghantar teman wanitanya pulang. 

“Kita sudah memanggil bapa remaja lelaki untuk datang dan selepas diterangkan mereka faham tentang kesalahan yang telah dilakukan anaknya,” katanya. 

Dalam pada itu Azmi berkata, dua hari lalu sekumpulan remaja turut ditahan ketika sedang menikmati minuman keras di taman sama./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan