Sabtu, 14 Mei 2011

4 penyamun durjana terima hukuman

JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara berjumlah keseluruhan 66 tahun berserta 52 sebatan ke atas empat penjenayah selepas mengaku salah melakukan rompakan, merogol dan memaksa melakukan seks luar tabii. 

Steven Lim Beng Chuan, 21, S Aramagam, 30, M Viji Kumar, 29, dan B Devandran, 22, pada mulanya meminta diri masing-masing dibicarakan ke atas pertuduhan dikenakan, tetapi mengubah keputusan dengan mengaku salah serta meminta rayuan. 

Sebaik sahaja hukuman diputuskan dalam prosiding itu, kesemua tertuduh dilihat menundukkan kepala masing-masing sebelum membuat rayuan hukuman dikenakan yang bakal dikenakan di atas tujuh pertuduhan diringankan. 

Steven, Viji Kumar dan Devandran mengaku salah dalam pertuduhan melakukan rompakan ke atas sepasang suami isteri di kediaman mangsa di Kangkar Pulai, di sini, dengan melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM15,000. 

Ketiga-tiga tertuduh didakwa di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun berserta sebatan. 

Pada prosiding sama, Steven bersama Devandran juga mengaku salah di atas pertuduhan merogol mangsa wanita (si isteri) yang berusia 27 tahun sekali gus didakwa di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan. 

Selain itu, Aramagam yang didakwa di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan kerana memaksa mangsa wanita terbabit melakukan seks luar tabii (oral seks) turut mengaku salah atas kesalahan dilakukan./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan