Jumaat, 6 Mei 2011

Penganggur didakwa bunuh anak kekasih

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini terhadap pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tujuh bulan dengan meninggalkannya dalam sebuah kereta.

Hooi War Char, 35, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Aida Mastura Mohamed Aman.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Dia didakwa membunuh Low Hong Jun, yang merupakan anak kepada teman wanitanya, dalam sebuah kereta di hadapan rumah bernombor 4, Jalan 11 Taman Sri Watan, Ampang, antara 2 pagi dan 12.30 tengah hari 21 April lepas.

War Char, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan