Jumaat, 17 Jun 2011

Warga Pakistan dituduh rogol bekas isteri

JOHOR BAHRU: Seorang warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol bekas isterinya, Mei lalu. 

Tertuduh Rahil Adnan Mohd Haniss, 35, didakwa melakukan kesalahan tersebut ke atas mangsa berusia 31 tahun itu di rumah mereka di Taman Nusa Damai, pada jam 2 pagi, 26 Mei lalu. 

Rahil yang juga seorang jurujual mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz dan minta dibicarakan. 

Beliau yang didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan berhadapan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 

Mohd Haldar menetapkan 15 Julai depan bagi sebutan kes. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Norashikin Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan