Jumaat, 3 Jun 2011

Anak pegawai JPN didakwa berkhalwat

KAMPUNG CACAR: Seorang pelajar pusat pengajian tinggi awam tempatan nyaris meringkuk di tirai besi apabila gagal menjelaskan wang denda mahkamah sebaik dia dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah rumah dekat sini, November 2010 lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Sharifah Nur Azwany Syed Salabudin, 19, yang dikenakan denda RM1,800 itu dapat menarik nafas lega apabila ahli keluargnya berjaya menjelaskan wang terbabit sebelum pejabat ditutup, lewat petang kelmarin.

Sharifah, dari Jalan Salor Kota Bharu yang juga difahamkan anak seorang Pegawai di Jabatan Pelajaran Kelantan didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Terengganu 2001 kerana disyaki berkhalwat bersama teman lelakinya, Mohamad Syamir Nordin, 18 di sebuah rumah di lot 669-A, Jalan Kelisa Kampung Cacar, Paka Dungun Terengganu kira-kira jam 1 pagi, 22 November 2011 lalu.

Kedua-duanya mengaku bersalah dan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau dua bulan penjara ke atas tertuduh setelah mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.

Akibat kes terbabit, Sharifah yang didapati bersalah oleh mahkamah difahamkan bakal disingkirkan daripada pengajian kerana masalah disiplin dan moral./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan