Sabtu, 5 Februari 2011

Wanita ditahan bantu siasatan kes bunuh

SHAH ALAM – Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian pembunuhan kejam seorang lelaki di tingkat empat bangunan kedai di Lebuh Turi, Pandamaran, Klang, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof (gambar) berkata, wanita berusia 20 tahun itu ditahan di rumahnya di Banting, kelmarin.

Katanya, terdahulu lima lelaki berusia lingkungan 20 tahun ditahan selepas kejadian terbabit.

“Siasatan awal mempercayai kejadian bunuh itu bermotifkan rasa tidak puas hati terhadap perniagaan dadah dan teman wanita.

“Semua tahanan direman selama tujuh hari, bermula hari ini (semalam) sehingga Khamis ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Mohd Munir Mohd Said, 20, dari Sabah, ditemui dengan kesan tikaman pada dada dan tetakan pada lengan kiri.

Mangsa dibunuh selepas terbabit dalam pergaduhan di bahagian bawah premis sebelum melarikan diri di tingkat empat bangunan itu.

Polis tidak menemui senjata pembunuhan, kecuali sebilah parang yang tersandar pada tiang di kaki lima premis berkenaan yang dipercayai disiapkan penjenayah untuk membunuh mangsa./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan