Jumaat, 25 Februari 2011

Buruh kecewa isteri guna helah

TANAH MERAH: Seorang buruh berusia 42 tahun tidak menduga apabila isteri yang dikahwininya sejak 12 tahun lalu, dan mendakwa sanggup menggunakan helah ke klinik berjumpa doktor pakar semata-mata untuk lari dari rumah. 

Lebih mengecewakannya, isterinya sanggup meninggalkan empat anaknya yang berusia sembilan, enam, empat dan 11 bulan yang masih memerlukan belaian serta perhatian daripada seorang bergelar ibu bersamanya. 

Bagaimanapun, dia berharap isterinya segera pulang memberi perhatian kepada anak-anak yang memerlukan kasih sayang seorang ibu dan berbincang jika ada yang terbuku di hati isterinya. 

Menurutnya, dia mendedahkan perkara itu bukan untuk membuka pekung di dada, tetapi sebagai pengajaran kepada anggota masyarakat, khususnya wanita mengenai tanggungjawab dan peranan mereka sebagai isteri dan ibu. 

“Saya terharu melihat gelagat anak bongsu kami, pada hari isteri keluar dari rumah, dia masuk ke bilik tercari-cari ibunya, saya yang melihatnya begitu terharu. 

“Saya bukan tidak mampu menjaga anak-anak, tetapi waktu pagi saya harus keluar bekerja, dalam tempoh tiga hari isteri keluar, anak bongsu kami demam, mungkin rindukan ibunya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan