Selasa, 8 Februari 2011

Pelancong kena culik

SEPANG: Seorang wanita warga China yang datang ke Malaysia untuk melancong melalui detik cemas apabila diculik dan disamun tiga lelaki ketika dia menunggu teksi di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira 9 malam 2 Februari lalu itu, mangsa berusia 31 tahun yang baru tiba ke negara ini terkejut apabila seorang lelaki tidak dikenali memaksanya masuk ke dalam kereta Toyota Vios hitam berhenti di hadapannya.

“Mangsa yang dalam keadaan ketakutan hanya mampu berdiam diri dan mengikut segala arahan tiga suspek di dalam kereta terbabit berikutan bimbang di apa-apakan,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipaksa menyerahkan semua barangan berharga miliknya sebelum ditinggalkan di kawasan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Mangsa kerugian wang tunai RM500 dan satu beg berisi pakaian,” kata sumber itu.

Menurutnya, mangsa yang trauma dengan kejadian menimpanya hanya berjalan tanpa arah sebelum dibantu seorang anggota polis trafik yang menemui mangsa. Mangsamembuat laporan di Balai Polis KLIA./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan