Selasa, 8 Februari 2011

Pengusaha kedai lusuh maut ditembak, 2 cedera


TAIPING: Seorang peniaga barangan lusuh mati ditembak dalam satu rompakan di Jalan Barrack, di sini pagi ini, manakala dua lagi cedera akibat dipukul dalam kejadian itu.
MAYAT Pitchai terbaring dalam keadaan berlumuran darah selepas ditembak penjenayah di dalam kedai miliknya di Jalan Barrack, Taiping semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd. Diah berkata K. Pitchai, 71, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan kepala, manakala yang tercedera dalam kejadian itu ialah M. Palsamy, 67, dan S. Subramaniam, yang berumur sekitar 60-an.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.45 pagi apabila tiga lelaki yang menutup sebahagian daripada muka dengan kain, menyerbu masuk ke kawasan ruang niaga Pitchai.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini Yusof berkata, seorang daripada suspek kemudiannya melepaskan dua das tembakan ke arah kepala dan dada Pitchai selepas berlaku pergelutan, dan Pitchai terus rebah./Bernama






Tiada ulasan:

Catat Ulasan