Selasa, 8 Februari 2011

3 lagi suspek bunuh jaga ditahan

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan kejam dua pengawal keselamatan Jumaat lalu semakin hampir diselesaikan polis berikutan penahanan tiga lagi suspek warga Indonesia bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed berkata, tangkapan terbaru itu menjadikan jumlah suspek yang ditahan setakat semalam berjumlah lima orang..

“Polis percaya antara yang ditahan itu termasuk suspek utama berusia lingkungan 20-an,” katanya.

Dalam kejadian 8.20 malam Jumaat lalu, mangsa yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di tapak pembinaan di Damansara Perdana, di sini, dipercayai berselisih faham dengan beberapa pekerja asing yang di tinggal di rumah kongsi berhampiran.

Difahamkan, mangsa kemudiannya memanggil dua lagi rakannya yang juga pengawal keselamatan datang membantu Bagaimanapun pertengkaran itu bertukar menjadi pergaduhan apabila sekumpulan 12 hingga 15 warga asing datang membawa senjata tajam dan menyerang mangsa.

Akibatnya, mangsa kedua-dua mati dengan kesan kecederaan parah di seluruh badan akibat ditetak dengan senjata tajam manakala seorang rakan mereka sempat melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan