Isnin, 7 Februari 2011

Juruteknik syak anak didera

KANGAR: Seorang juruteknik, Mohd Shukri Soid mengesyaki anaknya, Anis Syafiah, 2, menjadi mangsa dera semasa ditinggalkan di sebuah pusat asuhan di Repoh, dekat sini, pada 25 Januari lalu.

Mohd Shuktri, 31, berkata, anaknya telah mengalami kecederaan akibat melecur pada bahagian kemaluan dan kedua pahanya dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selama dua hari akibat kecederaan itu.

Katanya, beliau juga telah membuat laporan polis berhubung kes itu namun siasatan polis mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan mengklasifikasikan kes itu sebagai kecuaian dan kemalangan.

Beliau yang menetap di Jejawi, dekat sini, berharap kes itu disiasat semula kerana beliau mengesyaki ada unsur penderaan terhadap anak perempuannya itu.

Mohd Shukri yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah institusi pengajian tinggi di sini berkata, beliau menempatkan anak bongsunya itu sejak lebih setahun lalu di pusat asuhan yang terletak di Repoh itu./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan