Selasa, 8 Februari 2011

Rasuah lepas tangkap basah

BATU PAHAT: Tindakan seorang lelaki cuba menyuap pegawai penguat kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat selepas dicekup berkhalwat memakan diri apabila dia ditahan Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah hotel bajet di daerah ini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki terbabit hanya menepuk dahi apabila individu disangka penguat kuasa agama yang menjalankan pemeriksaan ke bilik dihuninya sebenarnya pegawai SPRM. Lelaki terbabit yang berusia 20-an ditahan untuk membantu siasatan SPRM, manakala pasangannya pula di bawa ke pejabat agama daerah berkenaan.

Sumber penguat kuasa pejabat agama daerah berkenaan berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan 11 pasangan disyaki berkhalwat.

“Mereka yang ditahan termasuk lima warga Bangladesh serta pasangan masing-masing yang juga warga Kemboja, semuanya berusia 20 hingga 40 tahun.

“Selain hotel bajet, kami melakukan pemeriksaan di kawasan gelap di taman rekreasi kerana ia turut dijadikan lokasi pasangan khasnya remaja untuk melakukan perkara negatif,” katanya, semalam./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan