Isnin, 14 Februari 2011

Lelaki cedera diserang beach boy

GEORGE TOWN - Seorang lelaki cedera parah di kepala dipercayai diserang sekumpulan lelaki pengusaha aktiviti pantai beach boy di Jalan Emas, Batu Feringghi di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun itu mendakwa dia telah diserang lebih daripada lima lelaki tempatan dan dipukul menggunakan sebatang kayu dan topi keledar berhampiran sebuah kafe siber di situ.

Ekoran serangan itu, mangsa yang merupakan penjaga premis kafe siber di situ mengalami pendarahan teruk di kepala akibat terkena hentakan kuat dengan objek keras./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan