Ahad, 14 Ogos 2011

Wanita ditemui mati, 2 lelaki ditahan

GUA MUSANG: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui suaminya kira-kira 1.5 kilometer dari rumah mereka di Km 8 Jalan Gua Musang-Merapoh semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kedua-dua lelaki terbabit, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan wanita itu, ditahan kira-kira pukul 9 malam tadi.

"Kedua-dua mereka direman hari ini bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat Zainab Che Kob, 41, dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarganya.

Mayat Zainab ditemui dalam keadaan terlentang di dalam longkang dengan kesan kecederaan di belakang kepala oleh suaminya, Khiri Zam Mohd Naim, 30.

Khiri Zam berkata, isterinya keluar rumah kira-kira pukul 8 malam pada Khamis lepas setelah merajuk dengannya kerana tidak memberikan wang RM100 yang dimintanya sebaliknya hanya menghulurkan RM50./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan