Selasa, 23 Ogos 2011

Dua beranak didakwa bunuh amah

PETALING JAYA: Dua beranak warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pembantu rumah warga Filipina di Jalan Gasing di sini.

Mamun, 41, seorang kontraktor dan anak lelakinya Mehedi Hasan, 22, yang juga pelajar kolej didakwa membunuh Rowena Cariga Tadena, 35, di sebuah rumah di no.

239, Jalan 5/50, Jalan Gasing di sini, pada pukul 11.30 malam, 23 Julai lalu.

Mereka yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohamad Ghulam, namun tiada pengakuan direkodkan./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan