Rabu, 10 Ogos 2011

Tukang kebun didakwa pukul ibu tiri

KUALA TERENGGANU: Seorang tukang kebun Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan ibu tirinya menggunakan sebatang besi panjang, Sabtu lepas.

Fatihi Hamidi Zakaria, 27, dituduh mencederakan Zaliha Othman, 43, dengan menggunakan sebatang besi panjang berbentuk V di hadapan rumah mereka di Losong Haji Mamat, kira-kira 4 petang, 6 Ogos lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abd. Hayyi Salim./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan