Khamis, 25 Ogos 2011

Dakwa diraba dalam lif

PETALING JAYA: Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan sebuah syarikat swasta mendakwa dicabul seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh ketika menunggu lif di sebuah stesen pengangkutan awam, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa berusia 24 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya menaiki lif berkenaan menuju ke tingkat atas stesen itu.

“Tiba-tiba, suspek bersama seorang lagi rakannya yang berdiri di belakang mangsa bertindak meramas buah dada mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana pintu lif berkenaan terbuka dan mangsa terus meluru masuk sambil menjerit meminta tolong,” katanya.

Menurutnya, suspek yang tergamam melihat mangsa menjerit melarikan diri.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan