Rabu, 9 Mac 2011

Mangsa culik lepaskan diri

SERI KEMBANGAN: Sepasang suami isteri yang dikurung dalam sebuah pondok kecil dalam keadaan tangan bergari selama dua hari bernasib baik berjaya melepaskan diri sebelum wang tebusan sebanyak RM15,000 dibayar kepada penculik itu.

Pasangan itu menjadi mangsa culik tiga lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dari Shah Alam di hadapan rumah mereka di Jalan Kinrara 4/4D, Sunway Kinrara, Batu 8, Puchong pada pukul 11.55 malam pada Khamis lalu ketika mereka baru sampai ke rumah selepas keluar makan malam.

Mangsa culik iaitu seorang kapten bersara yang kini bergiat dalam bidang perniagaan dan isterinya diculik selepas ketiga-tiga suspek memberitahu mereka perlu dibawa ke balai polis bersabit satu kes./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan