Rabu, 9 Mac 2011

ASP dipenjara, denda buat tuntutan palsu

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM60,000 terhadap seorang Pegawai Penyiasat Trafik berpangkat Asisten Supritendan kerana didapati bersalah atas enam tuduhan membuat tuntutan penginapan palsu tujuh tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman turut memerintahkan tertuduh, Wan Nazli Wan Jaafar, 43, menjalani hukuman penjara tambahan selama setahun sekiranya dia gagal menjelaskan denda tersebut./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan