Isnin, 7 Mac 2011

Lelaki bergaduh mati ditikam

KUALA LUMPUR: Seorang pengumpul besi buruk ditemui mati dengan lima kesan tikaman di badannya selepas terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki di tingkat 15, Season Tower, Jalan Changkat Thamby Dollah di sini semalam.

Kejadian pukul 6.30 pagi itu mengakibatkan Ahmad Sharif Akhbarshah, 26, mati selepas disyaki dipukul dan ditikam dengan objek tumpul dan tajam di kepala, dada, belakang badan dan kedua-dua tangannya.

Difahamkan, ketika kejadian, teman wanita mangsa turut berada di dalam bilik apartmen yang disewa sejak sebulan lalu itu. Dia kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami cedera parah apabila tangan kirinya dipukul hingga menampakkan tulang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, selepas menerima panggilan daripada pekerja apartmen berkenaan, pihaknya telah membuat siasatan dan mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk akibat dipukul dengan objek tumpul serta tajam.

"Kita masih menyiasat motif kejadian kerana semua barang berharga milik mangsa ada bersamanya dan tiada kesan pecah masuk. Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, kakak mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Bairog Barnu, 30, berkata, dia jarang bertemu dengan mangsa sejak dia berpindah ke apartmen tersebut kira-kira sebulan lalu.

"Kami jarang bertemu kerana saya tinggal di Segambut. Pada malam kejadian, dia ada beritahu hendak keluar minum dengan kawan-kawannya," ceritanya yang memberitahu mangsa menyewa apartmen itu dengan bayaran RM98 sehari atau RM3,000 sebulan./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan