MARANG: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencabul seorang wanita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang pada tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku salah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab. Latif.
Mengikut pertuduhan, Che Sulaiman Che Sof, 51, didakwa melakukan kesalahan ke atas Hasmalizza Ramli, 31, antara pukul 4.30 pagi hingga 5 pagi di tingkat satu, bilik pegawai penyiasat jenayah IPD Marang, 4 Ogos tahun lalu./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan