KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai kekasih kepada seorang pelajar tingkatan empat yang melahirkan bayi di tandas asrama sebuah sekolah menengah berasrama di bandar raya ini, semalam.
Suspek berusia 19 tahun dari Perumahan Awam Kos Rendah Kampung Durian Guling, Marang, itu ditahan polis di rumahnya, jam 5 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek yang tidak bekerja ditahan hasil soal siasat dijalankan terhadap pelajar berusia 16 tahun terbabit.
“Siasatan awal mendapati suspek dan pelajar itu mengenali antara satu sama lain dan pernah berjumpa beberapa kali serta dipercayai melakukan hubungan seks sekitar Oktober atau November tahun lalu.
“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 13 Julai ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
“Bagaimanapun, pelajar berkenaan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan