PETALING JAYA: Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyamun empat lelaki warga Bangladesh menggunakan sepucuk pistol.
Junaidi Awang, 33, dan Rasli Zainol Abidin, 40, didakwa bersama-sama dua orang yang masih bebas, menyamun wang Md. Shafiqul Sheikh, Md. Moshiur Rahman, Borhan Uddin Molla dan Al Amien yang kesemuanya berjumlah RM592.
Kedua-dua anggota polis yang tidak diwakili peguam itu didakwa menyamun empat lelaki itu, yang berumur antara 26 dan 33 tahun, di Blok E, Sri Ara Apartment, Jalan PJU 1A/5, Ara Damansara, Selangor pada pukul 12.30 malam, 11 Julai tahun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan