SEREMBAN:
Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10
sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam selepas didapati
bersalah merogol anak tirinya, tahun lalu.
Tertuduh berusia 27 tahun itu kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.
Ahmad Kamar dalam penghakimannya memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkuat kuasa tarikh ditangkap.
Mengikut
pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya berusia tujuh tahun
di daerah ini, kirakira 5.45 petang pada 10 September 2011. Berikutan
itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan
tidak lebih 30 tahun serta 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Berdasarkan
fakta kes, anak tiri tertuduh berusia empat tahun memberitahu ibunya,
bahawa tertuduh berada di dalam bilik air bersama mangsa. Ibu mangsa
kemudian ternampak tertuduh memeluk mangsa dari belakang dalam keadaan
bogel.
Ahmad
Kamar berkata, kesalahan dilakukan tertuduh amat serius dan mahkamah
perlu menjatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatan. Pendakwaan
dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Ainul Wardah Shahidan, manakala
tertuduh tidak diwakili peguam./sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan