Ahad, 11 Disember 2011

Pukul kepala tertuduh

MUAR: “Bagi saya tampar dia. Dapat tampar dua kali pun cukuplah. Hati saya sakit bila anak saya mati,” jerit seorang wanita berusia 50-an berulang kali sebelum dia pengsan ketika tertuduh kes bunuh anaknya dibawa keluar dari bangunan Kompleks Mahkamah Muar di sini, semalam.

Sebelum itu, wanita berkenaan dan anak perempuannya berusia 30-an sempat memukul kepala tertuduh, Teow Fong Siang, sebelum perbuatannya dihalang anggota polis.

Mereka ialah anggota keluarga mangsa culik dan bunuh, Koh Wei Seang, 21, yang disumbat di dalam tong dan disimen sebelum dicampak ke dalam parit di Kampung Parit Punggur Darat, Jalan Sri Tanjung, tiga tahun lalu.

Teow, 28, yang berkerja sebagai pekebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan menculik Koh, yang juga anak lelaki seorang ahli perniagaan pada Mac 2009.

Tertuduh yang juga rakan sekampung mangsa didakwa mengikut Seksyen 3, Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan