Khamis, 1 Disember 2011

Penganggur didakwa bunuh budak

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun, bulan lepas.

Tai Ah Seng, 37, didakwa dengan niat menyebabkan kematian Shatis Kumar, di sebuah rumah di Jalan Hang Tuah 5, Taman Skudai Baru, Skudai, di sini, kira-kira pukul 2.58 pagi, pada 17 Nov. lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pertuduhan terhadap Ah Seng dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor, bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M.Vinodharan manakala Ah Seng tidak diwakili peguam.

Majistret Hafizah Johor menetapkan 16 Jan. ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan