Selasa, 7 Ogos 2012

Dituduh rogol remaja

Dituduh rogol remaja
Mohammad Izdihar tenang ketika dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
KOTA BHARU: Seorang pemuda dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol remaja berusia 14 tahun di sebuah rumah di Taman Haji Mustafa, Ketereh pada 27 Julai lalu.

Bagaimanapun, Mohammad Izdihar Abdullah, 21, ketika dihadapkan di depan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nariman Badruddin mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan memohon untuk dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Izdihar didakwa merogol remaja berusia 14 tahun 4 bulan itu di sebuah rumah di Taman Haji Mustafa, Ketereh pada 1.30 pagi, bulan lalu.

Dakwaan ke atas lelaki dari Kampung Pagut, Ketereh itu dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dengan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ahmad Salam tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh dan Nariman menetapkan tiada jaminan dibenarkan ke atas Mohammad Izdihar.

Mahkamah menetapkan 6 September ini untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia dan perubatan mangsa./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan