SUNGAI PETANI: Seorang suri rumah, K. Magapugie, 33, meninggal dunia akibat dihentak dengan objek keras oleh seorang anggota keluarga terdekat akibat berselisih faham di sebuah rumah di Taman Sejati Indah dekat sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd. Zakaria Ahmad berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang sebelum itu membuat laporan bahawa wanita itu mati akibat terjatuh di dalam rumah.
"Curiga dengan laporan itu, sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi membuat pemeriksaan dan mendapati mayat mangsa ditutup rapi dengan kain dan diletakkan di ruang tamu,” katanya kepada pemberita./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan