KULIM: Seorang warga emas berusia 62 tahun cuba membunuh diri dengan menggantungkan dirinya menggunakan wayar di sebuah rumah kedai yang telah lama ditinggalkan, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, bagaimanapun warga emas itu berjaya diselamatkan oleh ahli PPKM yang berada di tempat kejadian.
Menurutnya, ini merupakan kes pertama beliau melibatkan cubaan membunuh diri dan mangsa dapat diselamatkan.
“Seorang peniaga masuk ke rumah kedai itu untuk membuang air. Dia terkejut apabila ternampak seorang lelaki sedang berdiri di atas meja dan lehernya diikat dengan wayar.
“Dia berlari keluar dan memaklumkan kejadian itu kepada ahli PPKM. Ahli PPKM kemudiannya menghubungi saya dan meminta bantuan.
“Apabila saya sampai di tempat kejadian, saya dapati lelaki itu sudah bersedia untuk terjun dari meja dengan lehernya terikat dengan wayar. Saya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk memujuknya sebelum dibawa turun oleh ahli PPKM,” katanya.
Eng Khim berkata, setelah diselamatkan, mangsa mengadu dia sudah ditipu dan sekarang ini tidak mempunyai wang dan tempat tinggal.
Kerana takut berhadapan dengan masalah terbabit, dia mengambil tindakan untuk membunuh diri.
“Saya ada bertanya kepadanya bantuan apakah yang diperlukan, memandangkan dia sudah kehilangan kesemua harta benda.
“Dia mahu diberikan kerja dan tempat berlindung. Saya kemudiannya menghubungi ahli PPKM dan mereka bersedia memberikan pekerjaan sebagai tukang masak serta tempat tinggal.
“Saya berterima kasih kepada semua ahli PPKM dan orang ramai yang terlibat dalam memberikan bantuan segera kepada mangsa. Pada fikiran saya, sekiranya PPKM sampai sedikit lewat, pasti mangsa telah mati,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan