KUALA KANGSAR: Seorang wanita, kini terpaksa menanggung derita akibat perbuatan suaminya yang tidak bertanggungjawab menyimbah asid ke wajahnya ketika dalam keadaan mabuk beberapa bulan lalu.
D Nayagamal, 55, ibu kepada lapan anak berkenaan bukan sahaja menanggung kesan di bahagian wajah dan leher akibat simbahan asid itu tetapi perlu menguruskan keperluan anak-anak.
Salah seorang anaknya, B Roshini, 12, berkata, kejadian itu menjadi pengalaman ngeri kepada ahli keluarganya yang lain dan sehingga kini ibunya masih trauma.
Menurutnya, bapanya bertindak sedemikian kerana berada dalam keadaan mabuk dan kejadian berlaku sebulan sebelum perayaan Deepavali.
“Pada bulan Oktober tahun lalu, selepas disimbah asid ibu saya menjerit kerana tidak dapat menahan kesakitan dan kami terus meminta pertolongan jiran.
“Ibu saya perlu menjalani rawatan secara berterusan, manakala bapa saya dihukum penjara selama lima tahun akibat perbuatannya itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika program MyDaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Kuala Kangsar, di sini.
Katanya, kini, abangnya terpaksa menanggung keluarga termasuk menguruskan keperluan lima adik yang masih lagi bersekolah.
Sementara itu, bagi meringankan beban mangsa, pihak MIC Perak menghulurkan sumbangan sebanyak RM1000, manakala di peringkat Kuala Kangsar turut menyumbangkan jumlah yang sama.
Wakil MIC Daerah Kuala Kangsar, R Ramachandran berkata, bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa pihaknya berusaha untuk mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Kita bersimpati dengan masalah yang menimpa wanita ini dan berharap dia tabah mengharungi kehidupan pada masa hadapan.
“Segala sumbangan dan bantuan kita berusaha menyalurkannya serta memanjangkan kepada pihak berkaitan supaya golongan seperti ini tidak dipinggirkan,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan