Selasa, 1 Mac 2011

Dipenjara kerana dera anak tiri




NORLAILI dibawa keluar dari Mahkamah Majistret setelah didapati bersalah mendera anak tirinya tiga tahun lalu di Melaka semalam.
MELAKA: Seorang suri rumah dihukum penjara tiga tahun dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah didapati bersalah mendera anak tirinya tiga tahun lalu.
Majistret Muzila Mohamed Arsad menjatuhkan hukuman itu selepas suri rumah berkenaan, Norlaili Mahat, 39, didapati bersalah menganiaya Mohammad Syukri Faiz Mohd. Hasaan, 9, (umur ketika kejadian) dengan menyebabkan kecederaaan fizikal di seluruh badan mangsa.
Tertuduh sebagai seorang yang mempunyai tanggungjawab sebagai penjaga iaitu ibu tiri kepada mangsa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Batu 4 3/4 Lorong Alai, Melaka Tengah di antara 22 Februari hingga 1 Mac 2009.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam, Ng Aik Beng memohon agar dikenakan hukuman ringan kerana kesalahan itu merupakan kesalahan pertama dan kanak-kanak terbabit merupakan golongan miskin./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan