RAWANG: Dua lelaki bersenjatakan parang menyamun seorang peniaga kuih di rumahnya di Taman Rawang Perdana, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dua lelaki terbabit yang berusia 20-an datang ke gerai mangsa yang terletak di depan rumah untuk menyamun mangsa.
Menurut sumber, mangsa yang tergamam diarah masuk ke dalam rumahnya.
“Suspek mengikat mangsa bersama anak perempuan dan suaminya sebelum menggeledah rumah mangsa.
“Suspek melarikan barang kemas, komputer riba dan wang tunai. Mereka turut melarikan kereta Perodua Myvi anak perempuan mangsa yang diletakkan di depan rumah,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang berjaya membuka ikatan membuat laporan di Balai Polis Rawang./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan