Khamis, 10 Mac 2011


Tun Hisan menunjukkan kenderaan yang mempunyai logo K9 yang dirampas daripada kumpulan penculik di Klang semalam
KLANG: Lima penculik termasuk empat lelaki warga Nepal berputih mata apabila mereka diberkas polis sebelum sempat menggadai 10 ketul jongkong emas berharga RM1.44 juta yang diterima sebagai tebusan satu kes culik.
Sebelum ditahan pada pukul 1 pagi semalam, suspek-suspek yang berusia 30-an itu telah menculik seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti yang terletak di belakang sebuah restoran di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang di sini Isnin lalu.
Difahamkan, kesemua suspek diketuai seorang pramugara warga tempatan itu menyamar sebagai polis selain menggunakan alat renjatan elektrik untuk menakutkan mangsa yang berusia 62 tahun sebelum membawa lari lelaki itu menaiki kereta Proton Iswara.
Beberapa orang awam yang melihat kejadian itu juga tidak berani membantu mangsa kerana penculik turut mengugut untuk mencederakan mereka menggunakan alat renjatan elektrik tersebut.
Kesemua suspek itu kemudian membawa mangsa ke satu lokasi yang dirahsiakan dan dikurung selama dua hari./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan