Rabu, 9 Mac 2011

Kena jel, sebat gara-gara samun RM6, telefon


SYED ANUAR bertindak agresif dan cuba menendang jurugambar ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam.
ALOR SETAR: Seorang peniaga air dan penjaga letak kereta masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah menyamun dompet berisi RM6 dan seunit telefon bimbit milik dua remaja di sini Oktober tahun lalu.

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan ke atas Syed Anuar Syed Mohd. Arus, 39, manakala rakannya, Mohd. Fazry Mohamad, 26, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan empat sebatan.

Menurut hakim, kedua-dua tertuduh gagal membangkitkan keraguan munasabah untuk disabitkan dengan kesalahan./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan