Sabtu, 7 April 2012

Remaja 14 tahun dirogol

BENTONG: Seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai dirogol rakan lelaki dikenalinya di sebuah rumah di Felda Chemomoi, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah manakala rakannya yang berusia 17 tahun juga ­masih bersekolah.

Menurutnya, mangsa dipercayai mengikut rakan lelakinya itu pada 16 Mac lalu dan kejadian berlaku antara jam 4.30 petang hingga 6 petang.

“Selepas hampir tiga minggu kejadian berlaku, mangsa dipercayai menceritakan perkara itu kepada rakan dan ahli keluarganya.

“Mangsa dan keluarganya membuat laporan polis pada 3 April lalu,” katanya.

Mohd Yusri berkata, polis berjaya menjejaki rakan lelaki mangsa dan menjalankan soal siasat.

Menurutnya, rakan lelaki mangsa dibebaskan dengan jaminan polis sebelum dihadapkan ke mahkamah.

“Ibu bapa perlu ambil berat pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan gejala kurang sihat,” katanya.

Mohd Yusri berkata, keprihatinan ibu bapa dan masyarakat setempat amat perlu bagi memastikan masalah sebegini tidak berterusan dalam masyarakat./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan