Isnin, 2 Julai 2012

Warga emas dibunuh, dicampak dalam perigi

MELAKA:  Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai dipukul sebelum dicampak ke dalam perigi sedalam lapan meter di bahagian dapur rumahnya di Bukit Sebang Tampin Alor Gajah di sini malam tadi.

Mangsa, Yau Fook San, 68, yang tinggal berseorangan di rumah setelah kematian ibunya sejak enam tahun lepas ditemui kira-kira 8 malam selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan pihak bomba.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt. Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, polis menerima maklumat mengenai kehilangan Fook San pada 4.20 petang semalam daripada kakak mangsa.

Beliau berkata, mangsa tidak bekerja dan sering berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama adik-beradiknya di ibu negara./ Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan