Khamis, 12 Julai 2012

Pemuda mengaku tidak bersalah kes rogol

KUANTAN: Seorang pemuda Orang Asli dikenakan ikat jamin sebanyak RM4,000 di Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas tidak mengaku bersalah merogol teman wanitanya pada 20 Jun lalu.

Kampung Batu 8, Jalan Endau Pontian, Rompin di sini membuat pengakuan di hadapan Hakim Nuradidah Ahmad.

Sebelum itu, tertuduh merayu supaya dikenakan ikat jamin rendah iaitu RM2,200 berikutan dirinya tidak bekerja dan ayahnya hanya bekerja kampung dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebelum hakim menetapkan ikat jamin tersebut dengan seorang penjamin.

Selain itu, Nuradidah turut menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa sehingga perbicaraan pada 10 Ogos depan.

Tertuduh diwakili peguamnya, Muhammad Hisham Abdul Rahim manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun 10 bulan di di dalam semak di Jalan Tanah Merah menuju ke ladang kelapa sawit Sabak di dalam kawasan Tebu Hitam, Rompin pada 20 Jun lalu kira-kira jam 2 hingga 4 pagi.

Selain tertuduh, enam lagi lelaki didakwa telah melakukan perbuatan sama terhadap mangsa dan tiga daripadanya yang juga bawah umur sudah ditangkap.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan