Jumaat, 6 Julai 2012

Mayat warga asing ditemui di bawah jambatan

KUALA LUMPUR: Mayat seorang warga asing ditemui di bawah jambatan di Taman Seri Pandan, Jalan Puchong hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mayat ditemui orang awam kira-kira 11 pagi dalam keadaan telungkup di atas permukaan air sungai yang cetek, dengan kesan cedera di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam.

"Ketika ditemui, mangsa hanya berseluar pendek serta tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri pada badannya,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Wan Abdul Bari berkata, mangsa dipercayai mati kurang dari tempoh 24 jam sebelum ditemui, berdasarkan keadaan mayat dan kesan tompokan darah yang ditemui di kawasan kejadian.

Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kematian, katanya./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan