ANGGOTA keluarga Rajathurai berkumpul di rumahnya yang menjadi lokasi dia ditemui mati tergantung di Taman Bemban Utama, Jasin semalam.
JASIN: Seorang ibu trauma apabila menyaksikan anaknya mati dalam keadaan tergantung di siling rumah selepas disyaki tertekan sebaik menerima dua saman polis dalam kejadian di Taman Bemban Utama di sini kelmarin.
JASIN: Seorang ibu trauma apabila menyaksikan anaknya mati dalam keadaan tergantung di siling rumah selepas disyaki tertekan sebaik menerima dua saman polis dalam kejadian di Taman Bemban Utama di sini kelmarin.
Kejadian pukul 5 petang itu mengakibatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Seri Bemban, M. Rajathurai, 15, mati di lokasi kejadian iaitu selepas hampir empat jam disaman ekoran menunggang motosikal tanpa lesen dan topi keledar.
Lebih menyedihkan, mayat anak bongsu daripada empat beradik itu ditemui sendiri oleh ibunya, S. Chinammah, 49, yang masuk ke bilik remaja berkenaan untuk memintanya pergi ke kedai membeli kelapa.
Mengimbau semula kejadian tersebut, Chinammah memberitahu, sebelum kejadian dia menyuruh Rajathurai pergi ke kedai berdekatan untuk membeli beberapa barang dengan berjalan kaki atau berbasikal sahaja pada pukul 1.35 petang.
"Bagaimanapun, tanpa pengetahuan saya, dia telah meminjam sebuah motosikal milik rakan abangnya untuk pergi ke kedai sambil dibonceng seorang rakannya.
"Sebaik tiba di satu simpang kira-kira tiga kilometer dari rumah saya, anak saya telah ditahan oleh polis," ceritanya ketika ditemui di sini semalam./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan