Selasa, 1 Januari 2013

Suami dituduh bersubahat bunuh isteri

PETALING JAYA: Seorang pengusaha rumah pusat kebajikan orang tua, M. Durai Raju dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan bersubahat membunuh isterinya, S. Suntarambhal, 33, yang mati dikelar dalam sebuah kereta, dua minggu lalu.

Turut dihadapkan ke mahkamah yang sama ialah rakannya, V. Nantakumaran, 24, yang didakwa atas tuduhan membunuh mangsa.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Surya Wati Shawal.

Durai Raju, 36, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama kerana bersubahat membunuh Suntarambhal, seorang penjual bunga, manakala Nantakumaran pula dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan