Jumaat, 29 April 2011

Kes khalwat dramatis Jun

PETALING JAYA: Sama ada pelakon Abdul Razak Ahmad dipanggil membela diri atau bebas daripada tuduhan berkhalwat dengan isteri orang akan ditentukan pada 30 Jun depan. 

Sementara tarikh itu, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan 26 Mei depan supaya pegawai pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli, membalas hujahan peguam dramatis itu, Mohamad Azman Karim. 

Abdul Razak, 44, didakwa berkhalwat dengan Selamah Sahudin, 45, di sebuah apartmen, di Taman Serdang Perdana, di sini, pada 2.15 pagi, 1 April 2006. 

Pelakon watak Tok Imam dalam drama Geng Surau itu kali pertama didakwa pada 27 Julai 2006 tetapi mengaku tidak bersalah, manakala Selamah, seorang ahli perniagaan, mengaku bersalah dan didenda RM2,850. 

Berdasarkan fakta kes, pasukan penguat kuasa Jais bersama beberapa anggota polis menyerbu rumah terbabit setelah menerima maklumat orang awam. 

Ketika kejadian, pintu dan jeriji besi rumah berkenaan didapati berkunci, manakala dalam rumah gelap. 

Selepas penguat kuasa mengetuk pintu rumah, Selamah membuka pintu dengan berpakaian lengkap, sementara Abdul Razak sedang tidur dengan memakai seluar jean dan tidak berbaju. 

Seramai tiga saksi memberi keterangan dalam kes itu./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan