Khamis, 21 April 2011

Bekas gitaris disyaki curi bateri jentera

JITRA: Bekas gitaris yang pernah menganggotai sebuah kumpulan rock terkenal era 90-an ditahan polis kerana disyaki mencuri bateri jentera berat di ladang getah di Felda Bukit Tangga, dekat sini, Ahad lalu.

Suspek berusia 34 tahun pernah menganggotai kumpulan itu bersama lima rakannya dan merakamkan dua album yang menjadi kegilaan remaja. 

Bagaimanapun, suspek yang kini menetap di Sintok, dekat sini, bertugas sebagai tenaga pengajar muzik di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri itu selepas berkahwin dengan isterinya berusia 30-an dan mempunyai enam anak. 

Difahamkan, suspek yang mempunyai masalah kewangan ditahan polis di rumahnya kira-kira jam 4 petang kelmarin untuk siasatan kerana disyaki terbabit kegiatan mencuri bateri jentera berat berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, berkata pihaknya kini menahan suspek untuk siasatan lanjut./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan